ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
1. 10 maut, dua helikopter TLDM bertembung di Lumut
Seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi ini.
2. Larangan pengambilan kerangan dari perairan Port Dickson masih dikuat kuasa
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson di sini masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna, kata Pengarah Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Sembilan Kasim Tawe.
3. KL20 2024: MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan agensinya, Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) melancarkan platform MYStartup sebagai Ekosistem Startup Tetingkap Tunggal bagi ekosistem syarikat pemula di Malaysia.
4. Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi Selasa.
5. Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadualkan bermula Jumaat ini dibatalkan, susulan nahas helikopter mengorbankan 10 kru di Pangkalan TLDM Lumut, pada Selasa.
6. Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi mengelak sebarang kesalahan di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).
7. Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
8. 1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang mendengar perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengingatkan semua pihak bahawa mahkamah yang akan membuat keputusan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan kesnya.
9. Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial, sebaliknya perlu terus melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa atau di Talian Kasih 15999.
10. Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta supaya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendiamkan diri daripada memberi sebarang komen mengenai masalah di negeri lain, sebaliknya fokus kepada Negeri Jelapang Padi itu.
Astro Awani
Tue Apr 23 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Kes lelaki Israel: Tiga warga asing dihantar pulang ke negara asal
Tiga lelaki warga asing yang dibebaskan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel yang memiliki enam pucuk pistol dan 200 peluru, telah dihantar ke negara asal.
Palang Merah buka hospital medan di Rafah
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa mengumumkan pembukaan sebuah hospital medan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan kapasiti 60 katil.
Aston Villa kembali ke UCL selepas 41 tahun
Pasukan bimbingan Unai Emery itu tidak pernah bermain dalam kejohanan kelab utama Eropah berkenaan sejak musim 1982-83.
Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini, tunggu pengumuman penting
Dagangan sekuriti Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), digantung dari 9 pagi hingga 5 petang pada Rabu sementara menunggu pengumuman penting.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.